Wednesday, March 21, 2012

Sultan Mizan Mahu Anak Muda Terengganu Ceburi Penternakan, Pertanian

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Isnin bertitah supaya anak muda di negeri itu menceburi bidang penternakan dan pertanian selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu Terengganu muncul sebagai pusat pengeluaran daging ternakan terbesar di Pantai Timur.

 Baginda juga menyarankan agar rakyat mencontohi usahawan di negeri ini yang berjaya membina empayar perniagaan dalam industri berkenaan.


Sultan Mizan bertitah demikian selepas mendengar taklimat operasi syarikat penternakan kambing, Cosmopal Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Zainudin Zakaria di Serating di  Marang, kelmarin.

Baginda diiringi Sultanah Nur Zahirah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Selepas 12 tahun beroperasi dengan modal RM2.6 juta dan 40 ekor kambing pada tahun 2000, Cosmopal kini antara pengeluar dan pembekal kambing terbesar di Malaysia dengan hasil purata jualan mencecah RM1.3 juta setahun.

No comments:

Post a Comment