Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi bertitah masjid merupakan nadi utama dalam pembentukan masyarakat Islam.
Titah baginda, mana-mana tempat yang wujudnya masyarakat Islam, maka usaha membina masjid menjadi keutamaan untuk dijadikan sebagai tempat menunaikan ibadat dan melaksanakan hubungan ukhuwah sesama manusia.
"Beta menyeru kepada muslimin dan muslimat sekalian agar berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH dan memupuk jalinan mesra sesama manusia.
"Ini penting dilakukan bagi mendapatkan barakah dan rahmat. Beta yakin perkara ini boleh dicapai dengan memaksimakan pengimarahan masjid.
"Lazimkan diri dengan solat berjemaah di masjid kerana ia adalah tempat yang mulia," titah baginda ketika merasmikan masjid Kampung Batu 14, Cerang Cina dekat sini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Terenggnau Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Muhamad Rozali Salleh.
No comments:
Post a Comment