Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat Top IT menjadi tempat pemasangan peralatan tersebut yang dinamakan Magic W3 di mana ia akan mula dipasarkan untuk pasaran dunia menjelang pertengahan tahun ini.
"Difahamkan, buat permulaan, sebanyak 500 unit Magic W3 akan dikeluarkan untuk pasaran Asia seperti Hong Kong dan China sebelum ia dipasarkan ke tempat lain termasuk Malaysia."
"Ia akan dijual pada harga kira-kira RM3,000 seunit dan disasarkan kepada golongan profesional," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tablet T@Droid dan Magic W3 di Hotel Primula Beach di Kuala Terengganu malam kelmarin.
Ahmad Said berkata kerajaan negeri amat bangga dengan pencapaian tersebut dan berharap telefon tersebut akan mendapat pasaran meluas dalam masa yang singkat.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Kazan Che Mat, Asha’ari Idris dan Datuk Toh Chin Yaw serta beberapa wakil syarikat yang bertanggungjawab memasarkan telefon berkenaan.
No comments:
Post a Comment