Sunday, March 4, 2012

Terengganu Menang Tipis 1-0 Ke Atas Kuala Lumpur, Selangor Tewas Mengejut

Terengganu melonjak ke tangga kedua carta persaingan bola sepak Liga Super 2012 untuk mengekori pendahulu, Kelantan selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam semalam.

Mereka berkongsi 17 mata namun dipisahkan oleh jurang gol dengan Terengganu merampas seketika kedudukan tangga kedua teratas Liga Super.Kelantan hanya akan bermain hari ini  menentang juara Piala Sultan Ahmad Shah 2012, Negeri Sembilan di Kota Bharu.



Dengan kejayaan mengutip tiga mata penuh, Terengganu di bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris menghuni tangga kedua dengan perbezaan gol dengan pendahulu Kelantan yang masing-masing mengutip 17 mata.


Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ), Perak dan pasukan PKNS Selangor seri 2-2.

Di Stadium Darulaman , Alor Setar, pasukan tuan rumah, Kedah mencipta kemenangan kedua selepas sembilan perlawanan apabila berjaya mengalahkan Selangor 1-0.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mengatasi Johor FC 2-1. T-Team yang menang dengan Sarawak 1-0 semalam kini menduduki tempat ketiga carta Liga Super.

No comments:

Post a Comment