Kerajaan negeri Terengganu menetapkan sasaran pertambahan bilangan pelancong sebanyak lima peratus atau empat juta berbanding 3.8 juta orang yang melancong ke negeri ini sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Abdul Rahin Datuk Mohd Said berkata sasaran tersebut selaras dengan promosi berterusan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
"Tahun ini, kita sasarkan kedatangan pelancong sekurang-kurangnya 3.9 juta dan sehingga Mac ini, jumlah yang telah direkodkan menunjukkan peningkatan positif, membayangkan kita akan dapat mencapai sasaran itu.
"Bagi kedatangan pelancong asing ke Pulau Redang pula, statistik menunjukkan sedikit penurunan iaitu hanya 188,000 orang sepanjang 2011 berbanding 213,000 orang pada tahun 2010," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyambut ketibaan 38 pelancong dari Singapura yang menaiki penerbangan Berjaya Air secara terus dari Singapura ke pulau itu, iaitu penerbangan pertama bagi tahun ini.
No comments:
Post a Comment