Tuesday, March 27, 2012

Terengganu Bina Muzium Batu Bersurat Bernilai RM20 Juta

Kerajaan negeri akan membina Muzium Batu Bersurat Terengganu yang dijangka menelan belanja kira-kira RM20 juta di Kampung Buluh, Hulu Terengganu bermula tahun depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Ramli Noh, berkata pembinaan muzium tersebut adalah usaha kerajaan negeri ke arah memastikan batu bersurat diberikan perhatian oleh ahli sejarawan serta generasi akan datang.


"Kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas tujuh ekar (2.8 hektar) untuk pembinaan Muzium Batu Bersurat Terengganu dan ketika ini dalam peringkat akhir proses reka bentuk," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu selama dua hari di Muzium Negeri di Losong kelmarin.

No comments:

Post a Comment