Wednesday, March 7, 2012

Terengganu Senarai 24 Pelumba ke Sukma Pahang

Skuad berbasikal Terengganu telah menyenaraikan 24 pelumba termasuk 12 wanita untuk menggalas cabaran negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, dari 7 hingga 16 Julai depan.

Jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka yang terpilih termasuk 10 muka lama yang diharap dapat memberi bimbingan dan semangat kepada pelumba-pelumba baru.


 "Kita membuat pemilihan pelumba lebih awal supaya kita mudah mengatur persiapan dan latihan seterusnya menjelang Sukma ini," katanya hari ini.

Syed Mohd Hussaini berkata sasaran Terengganu sekurang-kurangnya lima pingat emas tetapi merupakan bonus buat pasukan sekiranya mencapai lebih daripada sasaran.

Beliau berkata daripada 10 pelumba lama, lima adalah lelaki iaitu Mohammad Adiq Husaini Othman, Mohd Zulhilmi Nafiz Aamri, Nor Amirul Fakharuddin, Mohd Khairul Azizi Abdullah dan Saufian Naibih Umar Bakti.

No comments:

Post a Comment