Wednesday, March 7, 2012

T-Team Resah Fadli Cedera Hadapi Pahang

Pasukan T-Team berdepan kerisauan dan perlu mencongak formula baru selepas penyerang Fadli Saari mengalami masalah kecederaan menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata Fadli cedera di peha ketika bermain menentang Sarawak dalam Liga Super  Jumaat lepas.


 "Kita akan lihat perkembangan kecederaan Fadli dalam sehari dua lagi. Saya harap dia sempat pulih," katanya di Kuala Terengganu.

Kerisauan Yunus itu bagaimanapun sedikit terubat apabila pemain pertahanan Shahril Faisal Sharifuddin akan kembali memantapkan benteng pertahanan pasukan.

Shahril tidak diturunkan dalam dua perlawanan lepas kerana menerima kad merah ketika menentang Perak di sini pada 11 Feb lepas

No comments:

Post a Comment