Friday, March 2, 2012

UMT Mahu Jadikan Nicol David Ikon Skuasy IPT

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhasrat menjadikan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, sebagai ikon squasy universiti itu.

Naib Canselor UMT Datuk Aziz Deraman berkata pemilihan Nicol sebagai ikon universiti itu bertujuan menarik minat lebih ramai pelajar dan penduduk tempatan menyertai sukan itu.

"UMT diberi tanggungjawab untuk menerajui sukan squasy bagi peringkat institusi pengajian tinggi seluruh negara, justeru, kita mengambil peluang yang ada dengan memilih Datuk Nicol sebagai suntikan semangat kepada para penuntut," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu pada Majlis Anugerah Sukan UMT di Kuala Terengganu malam kelmarin.

Aziz berkata pemilihan Nicol bertepatan dengan kejayaan yang dirangkul pemain itu apabila berjaya mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut.

No comments:

Post a Comment