Friday, March 2, 2012

Bekas Kakitangan Kontrak KEMAS Terima Bayaran Khas RM3,000

Bayaran khas RM3,000 seorang secara 'one-off' atau sekali sahaja kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mula diagihkan pada Sabtu ini bermula di Kelantan.

Sehingga kini, Kemas telah menerima sebanyak 6,000 permohonan untuk mendapatkan bayaran khas itu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta.


Pembayaran seterusnya dibuat di Sarawak melibatkan 220 penerima pada 12 Mac, Terengganu pada 14 Mac (257 penerima), Johor 15 Mac (555 penerima), Perlis 18 Mac (225 penerima), Melaka 19 Mac (350 penerima), Pahang 20 Mac (550 penerima) dan Negeri Sembilan pada 21 Mac kepada 233 penerima. Selain itu 550 orang akan menerima bayaran di Kedah pada 22 Mac, Perak 25 Mac (670 penerima), Pulau Pinang 28 Mac (255 penerima), Selangor 786 penerima dan Wilayah Persekutuan 120 penerima.

Tarikh bayaran untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan belum ditentukan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata di Kelantan, seramai 560 orang akan menerima bayaran itu yang dijangka disampaikan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapha Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada satu majlis di kediamannya Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment