Tuesday, March 13, 2012

Usahawan IKS Perkenal Prosuk Terengganu ke Sarawak

Kira-kira 150 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu terpilih mengikuti program "Terengganu Showcase" di Miri, Sarawak selama tiga hari mulai 27 April ini.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu dan SKM Sarawak itu diharapkan dapat memberi pendedahan positif kepada peserta.


Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata pihaknya terpaksa membuat pilihan kerana ramai usahawan.

IKS cemerlang berminat mengikuti program itu sedangkan ruang pameran yang disediakan adalah terhad. Katanya mereka yang terpilih sewajarnya merebut peluang keemasan ini dengan mempromosi secara bijak produk masing-masing kepada pelancong.

No comments:

Post a Comment