Tuesday, March 13, 2012

Kebakaran - Warga Emas, Kanak-Kanak Nyaris Maut

Tindakan pantas seorang pendawai elektrik telah dapat menyelamatkan tiga anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur dan seorang warga emas yang tidak mampu berjalan, apabila rumah mereka di Kampung Pengkalan Maras di Kuala Terengganu, hangus dijilat api.

Che Fauzi Ibrahim, 39, berkata, beliau bergegas membangunkan tiga anaknya berumur 11, enam dan tiga tahun yang sedang tidur selepas mendengar jeritan jirannya, Fatimah Taib, 90.


 "Apabila mendengar jeritan itu, saya keluar rumah dan lihat api sedang marak membakar rumah itu. Saya terus menyelamatkan anak-anak saya sebelum mendukung mak cik Fatimah keluar rumah,” katanya.

Hanya dalam beberapa minit sahaja rumah yang didiami Fatimah bersama anak saudaranya, yang semasa kejadian pergi ke kedai membeli makanan, hangus dijilat api.

Rumah Che Fauzi yang dipisahkan dinding dengan rumah warga emas itu turut hangus dalam kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Fatimah berkata, ketika berada di ruangan dapur, dia tiba-tiba terhidu bau hangit dan hanya mampu menjerit selepas melihat api dari salah sebuah bilik di rumah itu.

No comments:

Post a Comment