Perstrukturan jawatan baru dan kenaikan gaji melibatkan 535 kakitangan Syarikat Air Terengganu (Satu) yang berkuatkuasa semalam (1 April) nyata mengembirakan golongan itu, selepas hampir 5 tahun menunggu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata kenaikan itu membabitkan semua kakitangan Satu, termasuk bertaraf kontrak dan sementara.
Katanya, proses ini memakan masa yang agak lama kerana beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dengan mengambil kira semua faktor iaitu berkaitan memberi keadilan kepada semua peringkat kakitangan, perancangan kerja,` job rotation’ dan sebagainya.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Satu yang bersungguh-sungguh bagi memastikan struktur baru ini berjalan dengan lancar.
“Kerajaan negeri pasti akan ada pihak-pihak tertentu yang masih tidak berpuashati dengan pengisian di dalam struktur baru ini,” katanya ketika berucap di Majlis Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Kakitangan Satu, semalam.
Menurutnya, pihak Lembaga Pengarah Satu telah meneliti perkara ini dengan terperinci dan keputusan yang telah dibuat melalui mesyuarat adalah muktamad,” katanya.
“Kriteria utama yang dinilai oleh Ahli Lembaga Pengarah Satu adalah berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang, sanggup menghadapi tekanan kerja dan penerimaan positif majikan serta pelanggan.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan SATU yang telah berjaya mendapat tawaran gred jawatan yang lebih tinggi.
“Walau bagaimanapun, semua kakitangan akan mendapat kenaikan gaji tetapi jumlahnya adalah berbeza-beza mengikut gred jawatan dan tangga gaji masing-masing,” katanya.
Katanya, tindakan pembuangan kerja atau penamatan kontrak akan diambil jika ianya perlu diambil. Oleh itu, saya ingin ingatkan kepada semua kakitangan supaya jangan memaksa Ahli Lembaga Pengarah mengambil tindakan yang sebenarnya kami semua tidak mahu ambil.
“Kerajaan Negeri bersedia memberi hadiah atau lain-lain penghargaan sekiranya kakitangan bekerja dan memberi komitmen yang penuh bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
“Begitu juga sebaliknya, Kerajaan Negeri tidak akan bertoleransi kepada kakitangan yang bermasalah dan menjadi liabiliti kepada syarikat,” katanya
Teganukita
No comments:
Post a Comment