Monday, April 23, 2012

6,000 al-Quran Diagihkan Kepada 492 Masjid Seluruh Negeri


Kerajaan negeri mengagihkan 6,000 naskah al-Quran kepada 492 buah masjid seluruh negeri dalam usaha mengimarahkan masjid dan memperkasakan syiar Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tugas dan tanggung jawab jawatankuasa masjid amat besar untuk mendekatkan kariah masing-masing dengan rumah Allah itu.


“Jawatankuasa masjid perlu faham hala tuju kerajaan dan maklumat yang disampaikan biarlah berasaskan fakta yang betul serta elak daripada menyebar khabar angin dan fitnah,” katanya pada majlis perjumpaan bersama jawatankuasa masjid di Wisma Darul Iman semalam.


Hadir sama, Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya; Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Haji Mohd Rozali Salleh dan Pengarah Pengurusan Imtiaz, Ustaz Ahmad Kamal Abdullah.

Menteri Besar berkata, sifat suka ‘adu-domba’ sesama umat Islam menggambarkan kerosakan akhlak individu dan ini amat ditegah dalam Islam.

Teganukita

No comments:

Post a Comment