Thursday, April 12, 2012

Ahmad Said Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Bapa, Suami Liat Bayar Nafkah

Antara penerima Dana Pendahuluan Nafkah kelmarin
Bapa atau bekas suami yang gagal melunaskan nafkah terhadap anak dan bekas isteri mereka sebagaimana yang diperintahkan mahkamah, perlu dikenakan tindakan tegas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini bagi memastikan golongan tersebut tidak mempermainkan perintah mahkamah, sekaligus mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan bekas isteri apabila berlaku perceraian.

"Si bapa ini perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak, ada yang sengaja tak mahu bayar nafkah kerana marahkan bekas isteri.

Mereka abaikan nafkah anak-anak sebagaimana diperintahkan mahkamah.

"Bapa seperti ini patut dikenakan tindakan, kalau tak bayar juga (nafkah) mahkamah boleh ambil tindakan, denda atau penjarakan mereka kerana telah menghina mahkamah," katanya selepas melancarkan pengurusan fail dalam talian dan menyampaikan Dana Pendahuluan Nafkah Akaun Amanah Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu kelmarin.

Turut hadir Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya.

1 comment:

  1. bekas suami sy xprnah bg nafkah ank slame kami brcerai...tp sy x prnah nk tntut kt mne2 pihak...
    tpi ptt ke sy bg die jmpe ngn ank ???
    dulu sy slalu bg die jmpe ngn ank,,die xprnah nk hulur duit tuk nafkah ank,,,apa yg perlu sy buat???

    ReplyDelete