Tuesday, April 10, 2012

Ahmad Shabery Mahu Fatehah Terus Lakat Kejayaan Di Olimpik


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa, terus melakar kejayaan pada temasya Olimpik London 2012.

Katanya beliau berbangga dengan kejayaan pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu apabila menjadi wanita pertama negara layak ke Olimpik yang memberi impak besar buat negara.
 

"Adalah menjadi harapan besar negara agar atlet yang telah layak ke Olimpik untuk merebut pingat emas pertama buat negara," katanya ketika ditemui pada perasmian Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC) di Padang Institut Penyelidikan Getah (RRI) Sungai Buloh dekat Kuala Lumpur.

Fatehah menempah slot ke Olimpik selepas menampilkan aksi cemerlang bagi acara keirin di Velodrom Hisense Arena, Belanda Sabtu walaupun senarai pelumba yang melayakkan diri ke temasya itu akan diumumkan secara rasmi oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) 16 April ini.

Berdasarkan ranking dunia Keirin wanita, Fatehah menduduki tempat ke-13 dengan mengumpul 320 mata (belum dicampur dengan mata kejohanan dunia) di belakang Guo Shuang (China) iaitu tempat ketujuh dan Lee Wai Sze (Hong Kong) di tempat kesembilan.

No comments:

Post a Comment