Tuesday, April 10, 2012

Takraw - Terengganu Juara Piala Khir Johari

Pemain Terengganu meraikan kejayaan muncul juara edisi ke-40 Piala Emas Khir Johari selepas mengalahkan Selangor 2-0 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak, semalam.

Strategi bertahan dan menyimpan tekong terlebih dulu, membawa Terengganu menjulang Piala Emas Khir Johari buat kali pertama pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-49 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak, kelmarin.

Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin membenam juara bertahan, Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir untuk meraih RM5,000 pada kejohanan berpasukan tertua di dunia itu, sekali gus menghampakan hajat lawan untuk mencipta rekod penyandang terbanyak, 12 kali.

Biarpun diheret ke set penentuan oleh Selangor yang dibarisi ramai pemain elit dan bekas pemain berpengalaman antarabangsa, Terengganu tetap kental untuk memenangi kedua-dua regu, (15-10, 11-15, 15-9) dan (15-6, 10-15, 15-12) dalam tempoh 160 minit.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment