Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu (ABNT) mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30 pemain terbaik mulai tahun 2015.
Ketua jurulatih ABNT Cik Ku Marzuki Cik Ku Mohd Nor berkata selain untuk pasukan Terengganu, pemain-pemain yang bakal dilahirkan oleh akademi itu juga boleh digunakan negeri-negeri lain.
"Tahun depan ABNT mensasarkan untuk mengeluarkan pemain pertama daripada mereka yang berumur 17 tahun untuk mewakili Terengganu pada pertandingan Piala Presiden dan pada 2015 pelatih ABNT dijangka boleh mewakili Terengganu dalam Liga Super," katanya.
Beliau berkata ABNT diwujudkan oleh kerajaan negeri di setiap daerah di negeri ini awal tahun ini dalam usaha untuk meningkatkan mutu bola sepak negeri dan negara
No comments:
Post a Comment