Wednesday, April 11, 2012

Polis Terengganu Tumpaskan Sindiket Tipu Peniaga

Polis Terengganu menumpaskan satu sindiket yang menipu peniaga dengan membeli barangan tanpa membuat bayaran dengan tertangkapnya empat lelaki di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Khoh Ah Tiam, berkaa dengan tertangkap suspek yang merupakan warga tempatan berusia antara 40 dan 55 tahun, polis dapat menyelesaikan sembilan kes melibatkan kerguain RM300,000 yang dilaporkan sejak tahun 2008.


"Sasaran mereka adalah kedai barangan elektrik, peniaga beras dan pengusaha ikan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya modus operadi yang digunakan kumpulan ini amat mudah iaitu mereka menelefon peniaga bagi membuat tempahan dan kemudian akan mengirimkan borang tawaran serta memasukkan slip bank palsu kepada peniaga.

No comments:

Post a Comment