Sunday, April 1, 2012

Bahaya Menunggu Di Hatyai - Elak Ke Sana

Sebanyak 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel terkemuka di bandar Hat Yai pada Sabtu.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan  berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.


Beliau berkata butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui hari ini dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

Mohd Aini berkata pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan manakala lebih 300 lagi cedera.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand.

No comments:

Post a Comment