Wednesday, April 25, 2012

Bantahan Tak Menjadi, Memorandum Tak Kesampaian....

Sikap terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ditunjukkan melalui kesediaannya menerima memprandum daripada kumpulan yang mendakwa pemilik 'tanah' yang dirampas oleh kerajaan.

Sambil tersenyum Ahmad Said dan dan tenang, beliau menerima kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri dan sekumpulan pemimpin PAS yang mendalangi kumpulan berkenaan untuk menerima memorandum berkenaan.


"Saya akan kaji...saya akan kaji" demikian kata-kata Menteri Besar kepada kumpulan berkenaan yang turut menyuarakan bantahan ketika penyerahan itu dilakukan.

Pada rehat persidangan DUN, Menteri Besar kebetulan berada di perkarangan dewan persidangan sambil beberapa pemimpin PAS sedang minum di bilik rehat.

Dalam ucapan membantah di depan Wisma Darul Iman, ada kalangan pemimpin PAS terang-terangan memaki hamun pemimpin UMNO dan melaungkan "Hancur Umno, Hancur BN, Hidup Pakatan!- Allahuakbar!”.

Biarpun menerima celaan di luar pagar Darul Iman tetapi ketika memorandum tetap diterima Ahmad Said dengan tersenyum dan menunjukkan ketenangan dan kematangannya.

Pada bantahan di luar  Wisma Darul Iman, jangkaan 50,000 tetapi hanya kira-kira 5,000 orang bersama kononnya mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman semalam.

 Mereka membuat bantahan terhadap kononnya siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.


Tempat-tempat yang disebut adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2) tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.
 

Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.

Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri semalam. Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin.

No comments:

Post a Comment