Wednesday, April 25, 2012

Terengganu Rancang Bina 10,000 Rumah Mampu Milik, Kos Rendah Menjelang 2013

Lima projek perumahan mampu milik melibatakan 678 unit rumah yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu berjaya disiapkan sejak tahun 2008 hingga tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sepanjang tempoh itu juga tiga projek perumahan kos rendah dengan 523 unit rumah berjaya disiapkan menjadikan keseluruhan 1,201 rumah disiapkan menerusi kedua-dua projek berkenaan.


Ahmad Said berkata kerajaan negeri bercadang membina kira-kira 10,000 unit rumah mampu milik dan rumah kos rendah dalam tempoh lima tahun bermula 2008 hingga 2013.

Ahmad Said berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukakan wakil pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedua Belas yang bermula kelmarin.

 "Ia melibatkan 43 projek dan kos lebih RM700 juta dengan pecahan mengikut daerah ialah 1,451 unit sedang dibina di Kemaman dan projek baru sebanyak 500 unit akan dimulakan tahun depan.

"Di daerah Kuala Terengganu, sebanyak 2,374 unit dibina kerajaan negeri, jumlah itu tidak termasuk 1,002 unit yang dibina kerajaan pusat di Padang Hiliran di Kuala Terengganu, manakala untuk daerah Besut (1,245 unit), Setiu (133 unit), Marang (383 unit), Dungun (1,133 unit) dan Hulu Terengganu (626 unit)," katanya.

No comments:

Post a Comment