Yayasan Terengganu (YT) memberi amaran keras kepada mana-mana pelajar di bawah pinjaman YT yang didapati terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung 28 April ini.
Pelajar yang didapati terbabit dengan perhimpunan itu bakal berdepan tindakan tegas iaitu menarik balik pinjaman.
Timbalan Pengarahnya, Mohd Razali Mahmud berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sedemikian kerana jelas ia bertentangan dengan syarat perjanjian pengajian yang dipersetujui oleh pelajar itu sendiri.
“Penamatan serta-merta pinjaman ke atas sembilan pelajar di Mesir yang didapati bersalah menyertai perhimpunan haram Julai tahun lalu seharusnya menjadi pengajaran berguna buat pelajar yang lain agar tidak menyertai aktiviti yang merugikan diri sendiri.
“Justeru, peringatan ini diharap mampu menyedarkan pelajar, kerana fokus utama mereka adalah mencari ilmu dan belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan, bukan dengan terbabit dengan kegiatan yang jelas tidak memberi manfaat,” katanya.
No comments:
Post a Comment