Monday, April 23, 2012

BOTR - Peniaga Warung Bawa Pulang RM8,000 Jinakkan Siakap, Belida


Pertandingan memancing, Boat On The Road (BOTR) yang berlansung selama tiga hari di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu melabuhkan tirainya semalam.

Program kali ketiga anjuran Berita Harian dan TV3 dengan kerjasama Kerajaan Terengganu itu berjaya menarik penyertaan hampir 200 peserta dengan dua kategori pertandingan iaitu Kategori Casting (kumpulan) dan Kategori Boat House (individu).



Mencuri perhatian peserta kali ini, tawaran wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri sebagai ganjaran tangkapan ikan Arapaima Gigas serta hadiah wang tunai keseluruhan RM75,300.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan kaki pancing di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu termasuklah Sungai Leban, Sungai Lasir dan Sungai Merah yang mana peserta akan bermalam di rumah bot sehingga tamat pertandingan pada pukul 12 tengah hari.

Jumaat lalu, 20 kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang sebahagian dilengkapi bot berlepas dari Sri Pentas TV3 menuju ke Tasir Kenyir.

Dalam pertandingan itu, peniaga warung dari Kuala Terengganu, Shammunaha Bakar, 37 tahun, diumumkan sebagai johan kategori individu setelah berjaya menjinakkan Siakap seberat 4.45 kilogram (kg) dan Belida 1.82 kg.

Shammunaha meraih wang tunai RM8,000 serta hadiah sumbangan Nestle, Boat Explorer Sdn Bhd, Universal Fitness & Leisure, TCE Tackle Sport Sdn Bhd, Ion Adventure Sdn Bhd dan Sar Technologies Sdn Bhd. Manakala kategori kumpulan, Alucast I yang diwakili Azuan Man, 41 dan Hamzah Mat Rani, 45 dari Kuala Lumpur diumumkan pemenang dengan meraih wang tunai RM15,000 serta hadiah daripada penaja. Mereka menarik perhatian juri dengan Siakap seberat 10.65 kg Sebarau 0.55 kg.Hadiah kepada para pemenang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said dan Pengarah Eksekutif Media Prima, Dato’ Ahmad A. Talib.

Teganukita

No comments:

Post a Comment