Peserta Grand Slam GP Joran 2011, selesa menaiki bot masing-masing. |
Pembayaran sebanyak RM250 seorang boleh dilakukan secara atas talian (sila rujuk di bawah borang) atau hadir sendiri membawa keratan rasmi borang akhbar ini di Unit Joran Tingkat 4, Berita Harian di Jalan Riong, Bangsar Kuala Lumpur.
Bagi Kategori Pantai, wang pendaftaran RM100 boleh dilakukan di lokasi pertandingan sehari sebelum acara bermula hingga hari pertandingan.
Borang penyertaan rasmi boleh didapati dalam akhbar ini setiap Jumaat di mana peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah motosikal ketika acara akhir berlangsung.
Dalam pada itu, Karnival Pusingan Pertama GP Joran 2012 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM82,000 kepada pemenang.
Juara Kategori Laut bakal membawa pulang wang tunai RM20,000; kedua RM10,000; ketiga RM4,000, keempat (RM1,000); kelima (RM500) ke-6 hingga ke-15 (RM 300); ke-16 hingga ke- 30 (RM200) dan ke-31 hingga ke 40 (hamper).
Kategori Pantai pula, Juara RM20,000; kedua RM10,000; ketiga RM4,000, keempat (RM1,000); kelima (RM400) ke-6 hingga ke-15 (RM 200); ke-16 hingga ke- 30 (RM100) dan ke-31 hingga ke-40 (hamper).
Hadiah Khas Pari (Kategori Laut), Juara bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, kedua RM500 dan ketiga RM300. Kesemua pemenang turut membawa pulang hadiah iringan dari penaja. (rujuk iklan dalam sisipan Joran di akhbar Berita Harian hari ini.
Dalam pada itu, tinjauan Joran ke tapak lokasi mendapati kerja pembaikan di Pantai Teluk Lipat, Dungun, sedang rancak dilakukan.
No comments:
Post a Comment