Friday, April 20, 2012

Pemandu Beri Alasan Cuaca Panas Guna Cermin Gelap Lebihi Had

Tidak tahan cuaca panas antara alasan paling banyak diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu daripada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap melebihi had dibenarkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 3,514 notis telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut.


Beliau berkata ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk semua kenderaan ialah 70 peratus bagi cermin depan dan setiap 50 peratus untuk cermin sisi dan belakang.

Sehubungan itu, katanya JPJ Terengganu kini sedang menjalankan operasi besar-besaran membanteras penggunaan cermin gelap kenderaan tanpa kebenaran dengan mengadakan operasi sekatan jalan, operasi statik di jalan-jalan tertentu serta melakukan pemeriksaan di tempat letak kereta awam di seluruh negeri, membabitkan 300 pegawai dan anggota.

No comments:

Post a Comment