Monday, April 2, 2012
Janji Dikota - 2 Keluarga Nelayan Mangsa Kebakaran Dapat Rumah
Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan rumah baru bagi dua keluarga nelayan di Pulau Perhentian yang rumah mereka hangus dalam kebakaran minggu lepas.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar berkata setiap rumah itu akan dibina dengan kos RM33,000.
Peruntukan yang diluluskan itu adalah mengikut peruntukan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi ditambah bagi kos pengangkutan, katanya kepada pemberita semalam.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 10.15 malam Ahad lalu menyebabkan Abdullah Omar, 55 dan Mat Sarah Hamzah, 45, serta keluarga masing-masing tinggal sehelai sepinggang apabila api memusahkan keseluruhan rumah dan barang-barang termasuk dokumen penting milik mereka.
Ketika ini kedua-dua keluarga terpaksa menumpang di rumah saudara mara masing-masing.
Sebelum ini melalui inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah Besut, bantuan berupa pakaian sekolah, buku teks, peralatan sekolah disampaikan kepada anak-anak keluarga mangsa.
No comments:
Post a Comment