Thursday, April 5, 2012

Hospital Pakar Swasta KT Akan Dinaiktaraf

Kerajaan Terengganu telah meluluskan sebahagian tanah di Batu Buruk untuk pembinaan dan pembesaran serta menaik taraf hospital pakar swasta, Kuala Terengganu Specialist (KTS) yang dibangunkan Terengganu Development Management (TDM) Berhad, anak syarikat kerajaan negeri, menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik berkata penaiktarafan hospital itu bertujuan memberi keselesaan dan menampung lebihan pesakit yang kian meningkat di wad sedia ada hospital pakar swasta yang terletak di Jalan Kamarudin di Kuala Terengganu.


Katanya pembesaran hospital swasta itu mampu menempatkan 130 katil dan bakal dilengkapi kemudahan teknologi perubatan moden dan terkini.

"Penaiktarafan hospital ini cukup penting kerana ruang bangunan KTS yang ada sekarang semakin terhad disebabkan permintaan pelanggan semakin memingkat," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata kos pembinaannya masih dalam perbincangan dan apabila siap kelak ia mampu menaikkan lagi imej Terengganu dan syarikat kerana berupaya membina banyak hospital swasta di Pantai Timur.

No comments:

Post a Comment