Monday, April 30, 2012

Kaedah Pegeluaran Keropok Lekor Perlu Dipelbagaikan

Penjejak inovasi diminta mencari jalan untuk mengubah minda pengusaha keropok lekor di Terengganu supaya mempelbagai kaedah pengeluaran makanan tradisional itu agar ia dapat menembusi pasaran secara lebih meluas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, yakin jika keropok lekor yang terkenal sebagai makanan tradisional Terengganu itu dihasilkan dalam bentuk lain seumpama `pop corn’, ia mendapat sambutan lebih meluas sehingga ke peringkat global


“Cadangan ini pernah disuarakan beberapa tahun lalu, tetapi pengusaha tetap dengan pendirian masing-masing kerana mereka sudah selesa dengan kaedah sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jejak Inovasi Terengganu 2012 di Perbadanan Perpustakaan Awam, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, semalam.

 Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Inovasi) Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Dato’ Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) Hajah Nor Akmal Abdul Fatah dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Ahmad Said turut memberitahu, usaha membudayakan inovasi sewajarnya bermula di peringkat awal persekolahan lagi supaya mudah bagi mereka menerima dan mempratikkan apa yang diterapkan.

“Terengganu tidak mahu ketinggalan dalam membudayakan inovasi, kita telah usahakan pelbagai pendekatan, termasuk penggunaan Program TB-Kids oleh kanak-kanak di Taska Permata Keluarga dan juga kanak-kanak di tabika.

 “Tidak ketinggalan, pemberian e-Book kepada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5, pelajar di beberapa sekolah di Terengganu kini berpeluang menimba ilmu menggunakan konsep kelas maya,” katanya.

Menurutnya, "apa yang membanggakan keadah ini akan menjadi pelopor kepada negara dan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record (MBOR). ,” katanya.

"Bagi mencapai hasrat ini, pihak tertentu nseharusnya mempunyai sasaran dan perancangan rapi.

“Adanya jalinan kerjasama antara pelbagai agensi dijangka mampu menghasilkan impak lebih besar kea rah melahirkan masyarakat kreatif dan inovatif,” katanya.

Katanya, kemajuan teknologi pesat telah meningkatkan permintaan terhadap tenaga mahir yang berkualiti, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran berfikiran tinggi sehingga mampu bersaing di peringkat antarabngsa,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment