Saturday, April 14, 2012

Kakitangan BIMB Bersihkan Laut Di Sekitar Pulau Tenggol

Seramai 50 petugas Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bergotong-royong membersihkan laut di sekitar Pulau Tenggol sempena Hari Bumi 2012 manakala 100 lagi membersihkan persekitaran pantai Teluk Gadong selama dua hari berturut-turut.

Program tanggungjawab sosial korporat BIMB itu turut disertai anggota Majlis Perbandaran Dungun (MPD), penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan 500 penduduk tempatan.


Pengurus Besar Perhubungan Strategik BIMB Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata pihaknya memilih Pulau Tenggol sebagai lokasi pembersihan dasar laut kerana tidak banyak program pemuliharaan diadakan di situ berbanding pulau pelancongan lain yang lebih terkenal.

Selain gotong-royong, BIMB juga menyerahkan sumbangan zakat RM10,000 kepada dua keluarga miskin di Dungun serta menyerahkan 50 Al-Quran wakaf kepada Masjid Jamek Sura, di Dungun.

Wan Ismail berkata program pembersihan laut di Pulau Tenggol itu diharap dapat mengekalkan keindahan terumbu karang di pulau itu yang belum tercemar.

No comments:

Post a Comment