Monday, April 16, 2012

Kerajaan Terengganu Setuju Tubuh Sekretariat MPN


Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan sekretariat Majlis Profesor Negara (MPN) bertujuan menyumbang idea, menyusun strategi dan mengatur tindakan bersama untuk kebaikan Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata peluang ini cukup berharga bagi Terengganu kerana ia mampu memberi kebaikan pelbagai sudut bukan sahaja untuk negeri malah rakyat itu sendiri.



Katanya, setiap ahli MPN yang dianggap ‘Pemikir Negara’, sudah tentu boleh memberi cadangan bagaimana hendak menyelesaikan pelbagai masalah, terutama berkaitan pendidikan, pembangunan modal insan, ekonomi , kewangan, sumber asli dan alam sekitar.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan MPN di Wisma Darul Iman, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan beberapa barisan Exco Kerajaan Negeri lain.

Ahmad Said turut memberitahu beliau turut menimbulkan kajian mengenai Ubi Gadong dan berpendapat tidak mustahil suatu hari orang ramai memilih tepung ubi gadong untuk membuat kuih muih sebagai ganti tepung gandum jika apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Kerajaan negeri yakin bahawa ubi gadong berpotensi menjadi produk makanan utama seperti gandum jika dihasilkan mengikut permintaan pasaran seperti kek, kerepek dan kuih muih lainnya

“Saya yakin jika ada usaha ke arah mengkomersialkan ubi gadong dan dengan bantuan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) yang menjalankan penyelidikan mereka.

"Kerajaan peruntukan RM1 juta kepada UnisZA untuk meneruskan kajian terhadap potensi tanaman tersebut selama dua tahun sebelum ia dipasarkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment