Wednesday, April 11, 2012

Kerajaan Tidak Cadang Wajibkan E-Filing

Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui sistem e-filing berikutan cadangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui e-filing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Ketua Pengarah LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar baru-baru ini telah mencadangkan usul kepada kementerian untuk mewajibkan pembayaran cukai melalui sistem e-filing.

Pada masa ini sebanyak 2.5 juta pembayar cukai menggunakan e-filing iaitu hampir 70 peratus daripada keseluruhan pembayar cukai di negara ini.

No comments:

Post a Comment