Tuesday, April 10, 2012

Lapan Lagi Kolej Vokesyenal, Termasuk Di Terengganu Akan Dibina

Kementerian Pelajaran akan membina lapan lagi Kolej Vokasional (KV) dalam usaha memastikan bekalan tenaga kerja teknikal di negara ini mencukupi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tiga KV itu akan dibina di Johor iaitu Tanjung Piai, Pagoh dan Pasir Gudang manakala lima lagi setiap satu di Pasir Puteh (Kelantan), Kuala Berang (Terengganu), Pekan (Pahang), Dengkil (Selangor) dan Gurun (Kedah).

"Kementerian telah melaksanakan transformasi pendidikan vokasional secara menyeluruh yang merupakan proses rekayasa semula melalui penubuhan KV menggantikan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan memperkenalkan Program Asas Vokasional (PAV).

 "Bagi tujuan tersebut 15 buah SMV telah dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional, manakala 15 lagi sekolah menengah kebangsaan akan melaksanakan PAV secara rintis mulai tahun 2012," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sabuti).

No comments:

Post a Comment