Saturday, April 28, 2012

Mangsa Kebakaran di Tekabang Dapat Rumah Hasil Prihatin MB


Mana Ahli Parlimen Marang, tak nampak batang hidung pun?

Akhirnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said juga yang datang dan prihatin terhadap musibah yang menimpa satu keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tebakang di Marang bagi membolehkan mereka membina semula rumah mereka.

Ahmad Said memberitahu keluarga berkenaan, Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan segera sebanyak RM53,000 kepada mereka.



Menurut Menteri Besar,  sebanyak RM33,000 daripada bantuan itu ialah peruntukan Tabung Darul Iman manakala bakinya RM20,000 melalui dana Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat.

Sementara itu Ahmad Said berkata, usaha itu merupakan amalan berterusan pihak kerajaan untuk memastikan setiap keluarga yang ditimpa kedukaan tidak mengalami masalah kerana ketiadaan tempat tinggal ekoran kejadian itu.

“Mangsa juga akan diberi bantuan khas untuk membeli peralatan baru menenun songket di rumah baru mereka kelak,” katanya.

"Kerja-kerja pembinaan rumah tiga bilik itu akan dimulakan esok (hari ini) dan saya berharap ia akan siap dalam tempoh tiga minggu lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran itu Tun Mamat Tun Jambol, 56, dan isterinya Fatimah Said, 44.

Keluarga berkenaan kini menumpang di rumah saudara mereka di Kampung Tebakang di Marang.

 Kebakaran pada pukul 4.30 petang Selasa lepas menyebabkan keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang. Fatimah, ketika ditemui melahirkan rasa terharunya atas kesudian Menteri Besar meluangkan masa melawatnya sekeluarga dan amat bersyukur dengan peruntukan segera itu yang membolehkan mereka membina rumah baru di tapak rumah yang terbakar itu.

"Hanya ucapan terima kasih mampu saya ucapkan di atas keprihatinan menteri besar yang sudi datang melawat kami," katanya yang bekerja sebagai penenun songke

No comments:

Post a Comment