Monday, April 23, 2012

MBNT Akan Kemuka Pelan Tangani Jenayah

Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) akan mengemukakan cadangan pelan jangka panjang kepada kerajaan negeri dalam usaha bersama mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Pengerusinya, Mat Yusof Mat Ali berkata, pada masa ini modul bersesuaian yang disasarkan kepada golongan belia sedang diperincikan sebelum dikemukakan akhir tahun ini.


Katanya, mereka paling mudah terjebak dalam kegiatan negatif apabila ketiadaan pekerjaan atau banyak masa terluang yang menimbulkan kebosanan.

Menurut beliau, mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) golongan terbabit banyak melakukan jenayah seperti mencuri motosikal dan pecah rumah.

 Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Pencegahan Jenayah Terhadap Wanita peringkat negeri di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini petang semalam.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment