Pengarah T-Best yang juga penganjur kejohanan, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, kejohanan kali ini tidak hanya tertumpu kepada satu perlumbaan sahaja, sebaliknya tiga peringkat perlumbaan bakal dipertandingkan dan pemenang akan dinilai melalui kutipan mata tertinggi.
Tambah Wan Hisham, tiga peringkat perlumbaan tersebut akan berlangsung di tiga venue berlainan iaitu di Lumut, Perak untuk peringkat pertama, Pulau Indah, Klang bagi perlumbaan kedua dan terakhir di Pulau Duyung, Terengganu.
"Melalui tiga peringkat perlumbaan ini pelayar tempatan yang menyertai kejohanan ini berpeluang memperbaiki prestasi kumpulan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tarikh MMRC di Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, Wan Hisham memberitahu, pihaknya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkatkan imej Piala Monsun.
"Setiap kali penganjuran kita mempunyai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) tersendiri dan kali ini kita mahu melakukan yang lebih baik lagi malah melalui penganjuran ini juga kita dapat membentuk satu suasana yang baru pada Terengganu," jelasnya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment