Sunday, April 29, 2012

Pahang Gugur Kanu Kerana Bukan Sukan Pilihan

Kanu tidak dipertandingkan...Terengganu hilang banyak pingat Sukma.
Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) Pahang bertindak menggugurkan acara kanu daripada sukan tersebut pada Julai ini disebabkan ia acara sukan bukan pilihan oleh pihak penganjur.

Timbalan Ketua Eksekutif Sekretariat Sukma Ke-15 Pahang, Rose Shamsul Abd Razak berkata, daripada 24 acara yang dipertandingkan pada Sukma, hanya 19 merupakan acara wajib dengan lima daripadanya adalah acara pilihan penganjur.


"Kita memilih untuk tidak memasukkan acara kanu sebagai acara pilihan kerana acara itu dianggap sebagai tidak mampu memberi kutipan pingat kepada tuan rumah.

 "Justeru kita hanya memilih lima sukan yang boleh membantu kita mengutip pingat emas termasuk golf, ekuestrian, petanque, tinju dan bola tampar," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Kunjungan Hormat dan Jemputan ke Kejohanan Sukma ke-15, Pahang di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin. Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengarah Majlis Sukan negeri, Zainal Abidin Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat.

Tindakan tuan rumah, Pahang tidak dipertandingkan kanu mendapat mendapat reaksi daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment