Monday, April 9, 2012
Pelajar Pendidikan Khas Turut Terima E-Book
Seramai 770 orang pelajar Tahun Empat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok menerima pemberian e-Book pada majlis yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu petang semalam.
Daripada jumlah itu, tujuh orang merupakan pelajar dari Sekolah Pendidikan Khas, Chendering yang mempunyai masalah pendengaran, bisu dan cacat penglihatan. Biar pun mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan, adik Mohd Akashah Alias, 10, menunjukkan kemahiran menggunakan e-Book bila diminta berbuat demikian.
Beliau mendapat kemahiran berkenaan setelah berkongsi e-Book milik abangnya yang diterima tahun lalu. Turut menerima e-Book adalah pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering (85), SK Gong Tok Nasek (94), SK Seri Budiman 2, (97), SK Kubang Ikan (132), SK Pusat Kuala Ibai (161) dan SK Seri Budiman (192).
Pembahagian e-Book yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu turut diiringi kedua ibu bapa pelajar terbabit.
No comments:
Post a Comment