Tuesday, April 17, 2012

Peniaga Pasar Tani Sanggup Habis RM12,000 Kerana Hobi Bela Merpati

Dek kerana minat, seorang peniaga pasar tani di Kuala Terengganu sanggup berbelanja lebih RM12,000 untuk membeli pelbagai jenis burung merpati untuk kesukaan dan keseronokan diri.

Abu Bakar Ahmad, 34, dari Kampung Lerek Tepoh, Jalan Kelantan kini mempunyai lebih 20 jenis pelbagai spesies burung merpati yang nilai keseluruhannya dianggar menjangkau lebih RM15,000.


Ketika ditemui di kediamannya semalam, Abu Bakar yang sebelum ini bekerja sebagai penoreh getah, berkata dia pernah menghabiskan wangnya dengan membeli burung merpati yang sukar didapati bernilai lebih RM2,500 sepasang.

"Kebanyakan burung merpati yang saya ada semuanya dari luar negara seperti Burung Merpati Gaza Tanah, Merpati Merak, Merpati Unta, American Fantail, Hana Pouter, Lahore, Pigmy dan lain-lain lagi.

"Kebanyakannya saya beli burung-burung merpati ini sama ada daripada rakan-rakan ataupun di kedai-kedai menjual burung di sekitar bandar ini mahupun negeri lain," katanya.

No comments:

Post a Comment