Sunday, April 29, 2012

Polis Akan Tambah Kekuatan Di Kawasan Panas Menjelang Pilihan Raya Umum

Polis akan menambah bilangan anggota di kawasan panas dan berisiko menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan semasa proses pilihan raya itu.

Polis komited dan bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan telah membuat persiapan rapi berdasarkan pengalaman dan kajian pilihan raya umum dan pilihan raya kecil lepas, katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, hari ini.

"Memandangkan majoriti anggota dan pegawai yang bertugas di Kuala Terengganu, adalah muka baru dan kurang berpengalaman, kami telah menghantar mereka untuk menjalani latihan bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Beliau berkata latihan melibatkan undang-undang dan pelaksanaan tugas itu diadakan secara berperingkat mengikut keperluan.

No comments:

Post a Comment