
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ketika mangsa, Koperal Jamaluddin Drawi, 51, bersama beberapa lagi anggota lain sedang sibuk menjalankan tugas.
Katanya, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman itu dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.
"Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh di atas jalan raya sebelum rakannya yang lain mengejarkan mangsa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment