Tuesday, April 24, 2012

Polis Terengganu Buru Lelaki Menyebabkan Kanak-Kanak 2 Tahun Koma

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa, berkata pihaknya kini giat memburu suspek iaitu seorang penganggur, Azhar Jusoh, 31, yang menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun dari Kampung Tualang, Manir, koma.

Kanak-kanak itu dipercayai ditampar dan dipukul teman lelaki ibunya, Sabtu lalu.



Lelaki yang diburu itu dikatakan melarikan diri selepas mengetahui ibu mangsa membuat laporan di pondok polis Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Katanya, suspek yang sebelum ini pernah dikenakan hukuman penjara dan dibuang daerah akibat pelbagai kesalahan jenayah, termasuk kes curi, samun, rusuhan, dadah dan culik dipercayai masih berada di Terengganu.

“Kita minta kerjasama dan bantuan orang ramai yang mengenali Azhar supaya tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk memudahkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menganggap kejadian seumpama itu cukup kejam, zalim dan sangat serius.

“Suspek yang berfikiran waras tidak wajar memperlakukan tindakan sedemikian terhadap Muhammad Danish kerana kanak-kanak itu tidak mahu melawan,” katanya.

No comments:

Post a Comment