Tuesday, April 24, 2012

Terengganu Bakal Miliki Pusat Pengumpulan Sarang Burung Walit

Terengganu akan mempunyai sebuah pusat pengumpulan sarang burung walit, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Asha'ari Idris.

Beliau berkata pengusaha sarang burung walit akan mendapat harga pasaran yang lebih telus dengan wujudnya pusat pengumpulan sebegitu.


Pusat pengumpulan berkenaan akan membeli sendiri sarang burung daripada pengusaha, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pengumpulan Sarang Burung Walit Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPP) di Kuala Terengganu, semalam.

Asha'ari berkata industri sarang burung walit sedang berkembang pesat di negeri ini dengan kini terdapat lebih 2,000 rumah burung walit yang diusahakan oleh kira-kira 1,700 pengusaha.

"Kita mampu keluarkan lebih kurang dua tan sebulan dengan kadar harga kira-kira RM1.6 juta bagi satu tan," katanya dan menambah sarang burung berkenaan dijual kepada pembeli dari Hong Kong, China dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment