Monday, April 30, 2012

Promosi Candat Sotong Ke Peringkat Global

Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Terengganu, Mohd. Nasir Kushairi berkata, aktiviti menarik yang menyajikan pengalaman unik itu tidak seharusnya disia-siakan untuk menarik pelancong.

"Aktiviti tersebut akan dipromosikan di semua 44 pejabat Tourism Malaysia di seluruh dunia sebagai salah satu tarikan ke Malaysia khususnya Terengganu.

"Mencandat sotong merupakan satu aktiviti yang unik dan hanya boleh dilakukan pada musim tertentu iaitu pada April hingga pertengahan Jun setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis ramah mesra bersama media dan meraikan Kelab Rekreasi Tourism Malaysia 'Jom Gi Candat 2012' di Hotel Seri Malaysia Marang di semalam.

No comments:

Post a Comment