Monday, April 16, 2012

Restoran T'Kafe Di Perth Hidang Masakan Tradisional Terengganu

Pelbagai menu masakan Terengganu akan dihidangkan di restoran T'Kafe yang akan dibuka oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu di Perth, Australia bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata menu berkenaan termasuk nasi dagang dan kuih muih tradisional.


"Semua masakan ini dijamin bermutu dan rasanya tidak berubah seperti masakan di Terengganu sendiri," katanya di Kuala Terengganu.

Beliau berkata masakan itu akan dikendalikan oleh seorang tukang masak di Perth yang berasal dari Terengganu.

Selain itu, katanya, T'Kafe itu juga akan dibekalkan pelbagai makanan kering yang dihasilkan oleh pengusaha di negeri ini seperti keropok keping, kerepek ubi dan banyak lagi.

Mohamed berkata YPU memperkenalkan masakan Terengganu di Perth kerana di sana terdapat ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Terengganu.

"Kita yakin masakan Terengganu ini akan mendapat sambutan kerana mungkin mereka sudah lama tidak menikmati masakan asli Terengganu," katanya.

Selain Perth, Mohamed berkata YPU juga sedang meninjau beberapa buah negara lain terutamanya yang mempunyai ramai rakyat Malaysia untuk membuka T'Kafe

No comments:

Post a Comment