
Pengarah LKIM negeri, Mohd. Saffe Mohd. berkata, bagi kes penyalahgunaan kad e-diesel, jumlah pemilik bot tertinggi yang dikenakan tindakan senarai hitam ialah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Selatan iaitu seramai sembilan orang diikuti PNK Marang (tiga orang) dan dua lagi dari PNK Besut.
"Sepanjang tempoh itu juga, pihak LKIM telah meluluskan sebanyak 1,424 kad subsidi pembelian minyak diesel di seluruh negeri ini.
"Bagaimanapun, hanya 1,063 daripadanya masih aktif dan boleh digunakan bagi tujuan membeli diesel subsidi di tempat yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan di Dewan Nelayan Kampung Che Wan Kijal di Kemaman, semalam.
No comments:
Post a Comment