Kegembiraan sepasang suami isteri menikmati percutian di sebuah resort bertaraf lima bintang dekat Tanjung Jara, Dungun berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripadanya menemui ajal selepas dipercayai lemas ketika mandi-manda di pantai berdekatan.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Manpreet Kaur A/P Jarjeet Singh sedang mandi-manda bersama suaminya, Naresh Sanchana A/L Radah Krishnan, 38.
Mangsa dikatakan secara tiba-tiba diseret arus ombak ke tengah laut lalu suaminya itu cuba untuk menghulurkan bantuan dengan menghulurkan tangan namun gagal akibat arus kuat.
Orang ramai yang berada di situ cuba menyelamatkan mangsa sebelum dia dibawa ke tepi pantai lalu diberi pertolongan cemas.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun namun disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa yang difahamkan berasal dari Kuala Lumpur dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment