Serangan Terengganu tumpul
Pemain Terengganu, Ashaari Samsuddin (kanan) disaingi pemain Johor FC, Hasni Zaidi Jamian pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Ketumpulan jentera serangan memaksa skuad Mat Zan Mat Aris berputih mata apabila gagal mengutip mata penuh setelah diikat Johor FC tanpa jaringan dalam saingan Liga Super di laman sendiri kelmarin.
Ketiadaan peledak import berbisa skuad Penyu, Francis Forkey Doe yang digantung satu perlawanan akibat mengutip dua kad kuning tempoh hari begitu dirasai.
Tambah memeritkan, skuad Penyu juga gagal menurunkan seorang lagi penyerang harapan Abdul Manaf Mamat kerana masih dibelenggu kecederaan.
Mengulas persembahan pasukannya pada aksi kelmarin, Mat Zan (kanan) menyifatkan faktor utama pasukannya gagal merobek gawang pelawat adalah disebabkan bahagian atas termasuk jentera tengah yang kurang kreatif.
T-Team pula terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Lions XII mengutip tiga mata di Stadium Jalan Besar, Singapura, setelah mencatat kelalahan tipis 1-2.
Kemenangan terbesar yang dicatatkan oleh skuad bimbingan Bojan Hodak itu membuktikan pasukan tersebut mempunyai ramuan lengkap dalam usaha mempertahankan gelaran yang diraih musim lalu.
Nwoha (kiri) meledak dua gol ketika membantu Kelantan membelasah Felda United
di Kota Bharu, malam kelmarin.
kelmarin.Tanpa berselindung, jurulatih berusia 41 tahun itu menyifatkan kemenangan besar itu adalah hasil disiplin tinggi yang dijelmakan oleh barisan pemainnya sepanjang 90 minit perlawanan tersebut.
Katanya, meskipun pada awalnya dia risau barisan pemainnya akan mengalami kepenatan pada perlawanan tersebut selepas mengharungi ujian getir sebelum ini, namun jangkaannya itu meleset apabila pemain bangkit mempamerkan sentuhan juara.
Nwoha terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledakkan gol kedua Kelantan dan peribadinya di minit akhir separuh masa pertama.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah seri 1-1 dengan Selangor.
Sarawak pula menewaskan Selangor PKNS 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sumber – Akhbar Utama
No comments:
Post a Comment