Monday, April 2, 2012

Rakyat Malaysia Dinasihat Tidak Melawat Selatan Thailand

 Petugas Thailand membersihkan kerosakan di lokasi letupan bom kereta di selatan negara itu, wilayah Yala, semalam. Dalam kejadian itu, 13 dilaporkan terbunuh manakala lebih 500 cedera termasuk 27 rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak melawat Selatan Thailand Rakyat malaysia dinasihatkan supaya tidak melawat Selatan Thailand pada masa ini, kecuali mereka benar-benar mempunyai hal penting, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

 Dalam kejadian semalam, seorang warga Malaysia maut manakala 27 cedera dalam letupan bom kereta di Selatan Thailand, Songkhla.


Seorang rakyat Malaysia dilapor masih hilang dalam kejadian letupan bom di Hat Yai. Pihak berkuasa Thai sudah menjalankan ujian DNA ke atas satu mayat yang tidak dikenali dan keputusannya akan diketahui hari ini.

"Kami masih tidak tahu keadaan rakyat Malaysia yang hilang itu dan identiti mayat yang tidak dikenali yang dijumpai di kawasan kejadian," katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia, di Phnom Penh semalam.

Beliau mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh dan 27 lagi cedera termasuk 10 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.

Sepuluh mangsa terbabit masih dirawat di tiga hospital di selatan Thailand ekoran kesukaran bernafas dan lain-lain kecederaan berkaitan. Yang terbunuh dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah.

Mereka yang parah pula ialah Lew Kim Lai, 39, Lim Hock Bee, 37, Wong Sze Ee, 32, Fook Hock Chuan, 33, Chiaw Pui Pui, 32, Chiaw Pui Hoon, 34, Chiaw Pui See, 33, Choo Kok Boon, 46, Sagunthala a/p Krishnan, 34, dan Mini Ng, 35.

Seramai 17 lagi diberi rawatan pesakit luar. Sepuluh orang terbunuh manakala lebih 300 cedera dalam serangan bom di Lee Garden Hotel di Hat Yai pukul 1 tengah hari waktu tempatan Sabtu.

Anifah berkata siasatan awal pihak berkuasa Thai mendapati bom diletakkan pada dua buah motosikal, sebuah kereta dan pikap yang diletak di kawasan parkir hotel.

Pada awalnya pihak berkuasa menyangka letupan berpunca daripada kebocoran gas namun merumuskan kejadian akibat letupan selepas menemui sisa bahan kimia selepas melakukan siasatan.

Anifah berkata waris semua mangsa telah dimaklumkan dan kerajaan akan membantu mempermudahkan perjalanan jika mereka berhasrat menziarahi anggota keluarga yang cedera.

Katanya semua keperluan perubatan dan kos bagi rakyat Malaysia yang cedera akan ditanggung pihak berkuasa Thai.

Menteri luar Asean berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean esok dan Sidang Kemuncak Asean pada hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment