Friday, April 20, 2012

Terengganu Kaji Hadkan Pelancong Ke Pulau Bidong

Kerajaan negeri Terengganu sedia membenarkan pelancong mengunjungi Pulau Bidong sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan syarat kedatangan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga keindahan alam semula jadi pulau yang belum tercemar itu

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri melalui Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan merangka satu mekanisme terbaik bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan.


"Kita akan kaji beberapa aspek antaranya had kedatangan pelancong setiap hari dan apakah bentuk program atau aktiviti yang ingin dilakukan di Pulau Bidong.

"Kita tidak mahu kecantikan pulau ini tercemar sekiranya dikunjungi terlalu ramai pengunjung pada satu-satu masa, namun tidak pula berhasrat menutup peluang kepada pengunjung yang ingin datang ke sini," katanya kepada pemberita semalam.

Kerajaan negeri juga, jelas Ahmad, akan bekerjasama dengan Coral Malaysia untuk menjadikan pertandingan merakam gambar dasar laut dan terumbu karang di perairan Terengganu sebagai kalendar pelancongan negeri.

No comments:

Post a Comment